ULUM ALHADIS : HARGA RM 18.00 (TERMASUK POS)

Hadis adalah sumber pemikiran umat islam yang kedua selepas AlQuran. Lantaran itu, menjadi kewajiban kepada umat islam untuk mempelajari dan memahami isi kandungan ‘Ulum alHadis secara mendalam agar mengetahui dan meyakini keperibadian Baginda Rasulullah khususnya segala kandungan yang terdapat dalam asas dan dasar yang berhubung dengan ‘Aqidah, Syari'at dan Akhlak baginda. Buku ini antara lain tujuannya untuk menampilkan secara mudah bagi para pembaca memahami apa yang dinamakan sebagai Mustalah Hadith. Kehadiran Buku kecil ini diharap dapat membantu para pembaca memahami sedikit sebanyak kaedah-kaedah dan pendekatan yang diambil oleh para Muhaddithin dalam usaha mereka memelihara keaslian sesebuah hadis. 

KEINTELEKTUALAN MELAYU DALAM MANUSKRIP DAN KITAB JAWI (RM25 TERMASUK POS)

Buku ini merupakan kompilasi 12 kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu pada 19 - 20 Jun 2012.Buku ini cuba menonjolkan keintelektualan Melayu yang digarap melalui hasil penulisan para ilmuwan di alam Melayu dalam manuskrip lama dan kitab jawi.Buku ini membincangkan beberapa isu berkaitan manuskrip Melayu dan mengupas pemikiran beberapa tokoh seperti Hamzah Fansuri, Nik Muhammad Salleh Wan Musa, Syeikh Abd al - Samad al - Falimbani dan yang lain - lain.